Monday, June 16, 2008

Salam semua...

Tiada niat untuk hilangkan diri namun setelah berjaya hapuskan segala jejak... kini baru saya berani muncul kerana sudah bebas dari segala belenggu...

Ramai juga yang ambil berat tentang saya....Terima kasih!

Lagipun hanya sekarang baru ada sedikit perkembangan yang boleh dikongsi bersama.

Saya sekarang sedang sibuk menerbitkan Sarapan Di Mana? Musim II untuk tayangan Astro Prima... episod pertama insyallah 28 June ini, Sabtu 9.30 pagi. Alhamdulillah 2 episod pertama sudah pun disiapkan minggu lepas bersama Abby Fana di ceruk kampung di Terengganu... Abby memang kelakar...

Anda semua tak nak jemput kami bersarapan di tempat anda? Jika ada sarapan unik, sudilah jemput kami...Insyallah kami akan ke sana.

Bermula Julai, kami akan sibuk pula untuk memantau Sebutan Syariah II di Astro Oasis...Insyallah akan ada sedikit pembaharuan.

Dan akhir sekali... sekiranya semua berjalan lancar namun belum ada kepastian, saya mungkin kembali ke 'free tv' dalam sedikit masa lagi.

Itu dulu buat setakat ini, kita jumpa lagi.

Jaga diri...

Wan Din.

28 Comments:

Blogger Ajami Hashim said...

welcome back bro ;-)

*QA Supervising Editor*

10:23 AM  
Blogger Danisha said...

Salam,

Akhir kembali juga En. Wn kat sini....Jenuh juga menjenguk....

Apapun gembira tahu En Wan akan muncul di TV tak lama lagi....
Bila tu?

2:01 PM  
Blogger terrarosa said...

salam En Wan !!
aik... siapa kata En Wan berjaya hapuskan segala jejak...
yg dok keluar surat khabar 2-3 kali tu... siapa ??
he..he..he...

w/pun saya tak dak Astro tapi saya tau jugak konsep program yg En Wan sedang usahakan... namun kat klantan ni.. tak banyak tempat special yg dapat dipertengahkan... kalu nasi krabu tu... dorang makan dengan budu jer... tak der lar plak ditokok tambah dgn bahan yg baru...macam Cheese atau mayonis :P
lagipun kat klantan ni , dorang dah terbiasa dengan nasi bungkus !!
tapi kalu En Wan nak sarapan kat umah saya ANytiMe :))

Ada program kat TV Free ??
hee.he.he... berita baik selepas kenaikan harga minyak !!
apapun terima kasih kerana masih sudi memberi peluang kepada kami tuk mengikuti jejak
En Wan yang seterusnya :)

10:37 AM  
Blogger Danisha said...

Salam,
En Wan.....

Tak tahu samada menepati rancangan SARAPAN DI MANA...tapi....

Macamana dengan Kerabu daging mentah, gulai batang pisang, dan masakan kampung untuk orang2 lama di Kampung Naka Nambua, Kuala Nerang, Kedah....

1:32 PM  
Blogger Chedd eddie Yusoff said...

selamat kembali bro...

isnin itu hari terserempak ngan awak kat OneU thanks for the tegur lah... ingat nak borak tapi kena rush malam ada appointment lah pulok... btw great to see u are back here again.

10:51 PM  
Blogger engku irish said...

tAHNIAH.... TERBAKAR LAH JEJAK LAMA
Hanya tinggal sekam yang menyelubungi awan...
selamat kembali..

dunia kita semestinya berbeza

"pr & marketing"

4:47 PM  
Blogger AnnaKazuya BLOGs said...

Rindu kat Abg wan. Wah.. nanti nak tgklah Abg wan kat tv. Rindulahlah dgn suara and mimik muka abg wan.
Lega hati saya hehe.

I am your fan.

11:35 PM  
Blogger AnnaKazuya BLOGs said...

Saya nak bagi comment lagi.

Knp abg wan tak baca berita lagi? Tak bestlah..
Kalau abg wan baca berita.. hari hari saya tengok..
Geram dgn suara abg wan hehe.

Your admirer
anna

11:39 PM  
Blogger miss dadidu said...

salam en wan...sbnrnya 'tergezut' gak ngan 'kemunculan' semula en wan kt blog nie hehe...apa taknya setiap kali bukak,asik baca tulisan yang sama je..arinie br npk posting baru...

hmm...saya tunggu aje kemunculan en wan semula nanti...'rindu' gak dah lama tak tgk en wan baca berita...or jadi host...

saya akui kurang menonton skrg maklumlah sibuk ngan kerja and anak2 murid...jadi kurang sikit tgk tv skrg...sekali sekala kl tertekan remote control maka tertengok jugaklah rancangan sebutan syariah tue wpun tak dpt tgk muka en wan...npk nama pun jadilah :)....

cuma kl en wan muncul kat tv1 je saya ssh nak tgk sb tv1 lah yg paling jarang sesgt saya tgk....
apapun saya tetap memberi sokongan pd kerjaya en wan...all d best 2 u...

2:36 PM  
Blogger Atashi:- FID DESU said...

Wan Din

TV Free.. yeh!! to me TV sepatutnya mmg lah kena Free yg berbayor tu hanya utk hiburan aje..

Janji kena keluar mcm dlm SIASAT dulu eh! dgn more topic yg sensasi

1:28 PM  
Blogger KTS said...

windunyaaaa... ;D

4:05 PM  
Blogger Precious said...

ish ... dah dah lama rupanya posting baru ni ada. dah nak sebulan terposted baru sekarang terbaca.

:) lama jugak tak menjenguk saudara di kota damn. hehehe ... nanti geng 121 tak busy boleh lah lin pi melawat.

salam untuk semua.

4:30 PM  
Blogger terrarosa said...

This comment has been removed by the author.

8:43 AM  
Blogger terrarosa said...

Assalamualaikum En Wan...

Happy Belated Birthday
dan Selamat Berpuasa .

kad raya dah banyak ni..
tapi tak tau yg mana satu sesuai dengan "umur" En Wan heh..

oklah tak bleh tulis banyak2 nanti ..tersyasul.. maklumlah 1st day puasa :P

- terra (1 Sept 08)

8:43 AM

8:45 AM  
Blogger Atashi:- FID DESU said...

Terlupa

kepada semua peminat2 WK & jgk WK SELAMAT BERPUASA, SEMOGA KEIMANAN KITA AKAN LEBIH TERSELAH PADA RAMADHAN TAHUN NI..

6:34 PM  
Blogger miss dadidu said...

salam ramadan bt en wan dan smua pengunjung blog ini.juga hepi belated bday bt en wan.semoga dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki dan semoga kami dapatlah 'dikenalkan' dgn Mrs.Wan tak lama lagi :),:p....jgn mara aa..bulan pose takleh marah2 hehe...

10:06 PM  
Blogger Atashi:- FID DESU said...

Hem!!! WK senyap lagi nampak nya

12:44 PM  
Blogger miss dadidu said...

salam semua...saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin kepada en wan dan para pengunjung blog ini.diharap anda semua sentiasa ceria selalu dalam menyambut kedatangan syawal bersama keluarga tersayang.

***pssst:ai en wan...tiada ucapan aidilfitri utk kami di sini?:)

11:21 PM  
Blogger - Polaris Writer said...

Salaam dear brother...

I was surfing when I landed on this ODIJ blog. Alhamdulillah to read that you are doing fine these day. May Allah bless you and accept all your sincere work for His sake. Nothing is as beautiful as pleasing Him in everything we do in life!...Time moves beyond the speed of a lightning! Almost 3 decades ago you used to follow me around like my very own little brother :)Those days are gone but not forgotten! Take care of yourself and your Imaan always!

Allah Hafiz.

4:17 PM  
Blogger Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Salam, wan...lama menunggu perkembangan sdra. Kunjungi saya di www.celikhuruf.blogspot.com

One day in journal, maybe we can work together.
wasalam...bro

10:50 AM  
Blogger Atashi:- FID DESU said...

Dimanakah pemilik ni MENGHILANGKAN DIRInya lagi??

7:05 PM  
Blogger Cik Azizah said...

mengenali saudara wan secara jauh dan setelah mendengar pandangan rakan sekerja saudara wan, mereka berkata "saudara wan seorang yg bijak..." maka dgn ini ...teruskanlah usaha anda.... :-)
ada ke topik2 alam sekitar??? buleh kami join sekali...

ada masa layarilah www.unisel-eh.blogspot.com

sekian, terima kasih

2:12 PM  
Blogger umar_skyscooter said...

Aslkm,erm nice blog,erm nk ajak tuan rmh atau sesape je dtg ke kenduri blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com , n jgn lupe linkkn blog sye ni yer,ok bye

2:57 PM  
Blogger Unknown said...

salam che wan...nape tak update blog lagi...dah nak 1 year dah...leh la tau pe cite terbaru che wan ...neway mmg penyokong che wan...keep doing wat u do rite now ....do the rite thin ok...chaiyok chaiyok!

12:54 PM  
Blogger Azikeah said...

>Salam
>Talian Hayat 2 baru saje tamat.
>Bila Talian Hayat 3 akan keudara
>Taniah diucapkan
>Pendekatan yang begitu bersahaja dan telus.
>Diharapkan dimasa akan datang, Wandin dapat menyelitkan seidikit "otivasi" kepada mereka yang memerlukan
>Keep on ur good jobs & also to all ur team

12:07 PM  
Blogger shamyheart said...

sj ja nk bg berita trbaru psl Wan Din..
tp blog ni hidup lg ker?
sy ni pminat jgk...
sokg perjuangan wan din...


ARKIB : 04/02/2010 dlm Utusan M'sia
Tugas berat Wan Kamarudin

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
Gambar ASWAD YAHYA

Wan Kamarudin Wan Ibrahim (kiri) dan rozina aziz.

BERMULA dengan Edisi Siasat, Bongkar sehingga ke Talian Hayat, personaliti ini sememangnya cukup sinonim dengan program televisyen yang berkisar perihal kemanusiaan, kemasyarakatan serta kepenggunaan.

Membongkar sesuatu isu dan mendedahkannya untuk tatapan penonton, dia mengakui jiwanya lebih cenderung untuk mengupas isu-isu sedemikian dalam berita laporannya.

Awal-awal lagi dia akan menyerah kalah andai ditawar mengendalikan program bercorak hiburan ataupun sukan.

Itulah jiwa si pemilik diri bernama Wan Kamarudin Wan Ibrahim atau popular dengan panggilan Wan K.

Bagi Wan K, sedari awal menyertai bidang penyiaran, dia sudah mula menetapkan hala tuju untuk memberikan tumpuan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat.

Tujuannya bukanlah hendak menunjuk diri sebagai hero tetapi rasa tanggungjawab dalam menyedarkan ramai pihak agar bersama membantu memperbetulkan keadaan.

"Ini tanggungjawab saya untuk memberikan input atau maklumat untuk diambil tindakan sewajarnya bukan bukan saja pihak berkuasa tetapi semua.

"Memanglah pada mulanya saya bimbang untuk keluar rumah ekoran pendedahan demi pendedahan mengenai isu-isu berkaitan masyarakat seperti penagihan dadah dan sebagainya.

"Tetapi Alhamdulillah, setakat ini tiada apa-apa perkara yang mengancam keselamatan saya. Cuma, ada sesekali saya berhadapan dengan situasi yang punyai unsur ugutan oleh segelintir mat rempit. Tetapi, ia tidak serius," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program terbaru Kes Jenayah di ibu negara baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz.

~bersambung....~

1:28 PM  
Blogger shamyheart said...

~...sambungan~
Kes Jenayah, program majalah bersiri memberi fokus kepada kes-kes jenayah yang dilakukan penjenayah secara ditayangkan pada setiap hari Rabu, pukul 11.30 malam bermula 24 Februari ini di saluran Awani (saluran 501, Astro).

Bersiaran untuk 13 episod, sekali lagi, Wan K diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan program itu.

Menurut Wan K, mendampingi masyarakat dengan mendedahkan isu-isu semasa sememangnya mendedahkan dirinya terhadap pelbagai risiko.

Namun semuanya itu dilalui Wan K dengan hasrat memperbaiki keadaan di samping menyedarkan masyarakat tentang isu yang diketengahkan.

Biar pernah disindir dengan ayat yang sering digunakannya tatkala menjadi hos Edisi Siasat iaitu 'apa ke jadahnya', itu juga tidak menjadi masalah besar buat anak jati Terengganu ini.

"Sehingga kini orang masih ingat ayat tersebut. Tetapi ada juga yang menggunakannya untuk menyindir saya. Tidak mengapalah," katanya tenang.

Risiko tinggi

Pada masa yang sama, Wan K berkata, program terbaru kendaliannya, Kes Jenayah merupakan sebuah program yang cukup berat dan berisiko tinggi buatnya.

Semua ini katanya, disebabkan program itu memerlukan penelitian yang mendalam kerana ada kes jenayah yang didedahkan masih lagi aktif diperlakukan .

"Objektif kami bukan mahu mengajar orang ramai melakukan jenayah tetapi berkongsi dengan rakyat risiko jenayah yang mampu berlaku ke atas diri kita semua.

"Apa yang penting, ia mengajak semua agar sensitif atau peka dengan persekitaran," kata personaliti popular itu lagi.

Menurut Wan K, Kes Jenayah merupakan sebuah program yang akan mengajak penonton meningkatkan keselamatan dalam kehidupan harian.

"Dalam Kes Jenayah, ada beberapa bahagian memerlukan saya menjadi pelakon untuk lakonan semula kejadian jenayah yang berlaku.

"Walaupun ada kes yang masih aktif, kebanyakan yang didedahkan melalui Kes Jenayah merupakan kes yang sudah ditutup.

"Bagaimanapun, jenayah adalah satu perkara yang berulang. Justeru, kita semua perlu sentiasa berwaspada," nasihatnya kepada bakal penonton program terbaru kendaliannya itu.

Pembaharuan Awani

Dalam pada itu, Rozina berkata, Kes Jenayah merupakan program pertama Awani yang memfokus kepada genre jenayah.

"Kami memilih sesuatu yang berlainan dengan mengutarakan kes-kes benar yang melibatkan penjenayah berkumpulan dan bukannya individu seperti yang dipaparkan oleh kebanyakan program bersiri lain.

"Istimewanya program ini adalah apabila ia memaparkan visual sebenar geng kumpulan penjenayah selain daripada aksi lakonan semula kejadian kes-kes membabitkan aktiviti jenayah berkumpulan," sambungnya.

Katanya, pada setiap episod, sebuah kes akan dikupas dan dianalisis daripada pelbagai sudut pandang.

Beberapa tokoh polis juga, katanya, akan ditampilkan untuk ditemuramah bagi kes jenayah yang dilakukan oleh penjenayah berkumpulan.

Selain daripada tokoh polis, penganalisis jenayah terkenal iaitu Kamal Affendi Hashim turut ditampilkan untuk memperoleh analisa beliau terhadap jenayah yang dilakukan.

Antara kumpulan penjenayah yang berjaya ditumpaskan polis dan akan dianalisa menerusi Kes Jenayah ialah Geng Berong, Geng Palembang, Geng Mamak, Geng Deva dan Geng Apache.

~habis~.

1:30 PM  
Blogger shamyheart said...

Kepulangan Wan Kamaruddin
by Li Ee Kee | 14 Jan 2009 Gua.Com


Seperti yang diungkapkan Wan Kamaruddin Wan Ibrahim sendiri tatkala ditanya perasaan kembali ke ‘tempat kelahirannya’, begitu juga yang dirasai peminat setia ‘Edisi Siasat’, program yang melonjakkan namanya di dalam bidang penyiaran. Siapa sangka selepas empat tahun menghilang dari stesen ntv7, personaliti TV yang telah mempopularkan frasa “Apa kejadahnya”, akan pulang ke ‘rumah’.

“It feels good to be back. Yang paling dirindui adalah suasana keluarga besar ntv7,” katanya.

Dan mungkin yang paling menggembirakan peminat, kepulangan Wan Kamaruddin adalah untuk meneruskan legasi ‘Edisi Siasat’ yang kini diberi nafas dan pendekatan baru melalui ‘Talian Hayat’. Rancangan setengah jam ini memberi fokus pada isu kemasyarakatan dan persekitaran dimana hak rakyat yang terpinggir dan tertindas akan diketengahkan.

Walaupun pada luarannya ‘Talian Hayat’ tidak banyak berbeza dari ‘Edisi Siasat’ tetapi menurut Wan Kamaruddin, terdapat kelainan dari segi persembahan dan editorial dimana mereka kini lebih matang dalam menangani krisis dan isu serta mencari satu resolusi, dan paparan yang dipersembahkan tidak hanya berdasarkan aduan awam tetapi juga cerita-cerita inspirasi.

“Dan penglibatan saya kali ini bukan sahaja terhad di studio. Saya turut turun padang ke lokasi bagi mengumpul informasi, menjalankan penyiasatan dan mendapatkan testimoni pelbagai pihak bagi memastikan laporan yang kami persembahkan adalah adil dan beretika.”

‘Talian Hayat’ bersiaran setiap Rabu, jam 9 malam di ntv7.






Comment

By jez 1/15/2009 9:54:00 AM
apa kejadahnya!

By AL KAPON 1/15/2009 9:09:25 AM
Selamat kembali kepada wan kamaruddin... saya cuma nak komen sikit je......... kekalkan raut muka yang masam dan ganassssss tu....sebab..belum ada lagi rancangan yang menampilkan pengacara berwajah bengis dan ganas seperti wan....jangan sekali-kali tunjuk gigi..jangan cuba-cuba nak ketawa...itu baru syle.....!!!! ada kelas gituh....!

By crown 1/14/2009 10:49:28 PM
y so serious....? ^^

P/s: jgn mrh...

1:52 PM  

Post a Comment

<< Home